Untuk mereka yang telah terima tawaran dan juga yang ingin membuat rayuan

Pakej Haji Batuta Travel 2024 / 1445H

Tahniah kepada bakal haji dan hajjah yang bakal menjadi tetamu Allah tahun ini (2024M / 1445H).

Selama 36 tahun syarikat dilantik menjadi pengelola jemaah haji berlesen dan pengalaman peribadi saya sendiri selama lebih 20 tahun di lapangan,

kami menyaksikan sendiri pelbagai perubahan tahun demi tahun di tanah Haramain.

Ini juga memberikan akses langsung untuk kami mendengar maklumbalas dari ribuan jemaah haji dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Besar hati kami untuk menjelmakan pengalaman kami ini ke dalam bentuk pakej haji yang bagi kami sudah meliputi kebanyakan keperluan dan jangkaan majoriti jemaah.

Terlalu banyak ketidaktentuan yang berlaku saban tahun di tanah suci Mekah dan Madinah,

insyaAllah dengan segala keupayaan, kami persiapkan team petugas kami untuk memastikan keselesaan dan keperluan setiap jemaah terpenuhi.

Impian kami, sebagai pemegang amanah para jemaah, ialah supaya setiap jemaah dapat menyempurnakan setiap rukun haji dengan sempurna.

Mudah – mudahan, Allah memberikan ganjaran Haji Mabrur kepada anda semua.

P/s: Website ini mungkin tidak dapat memberi penjelasan yang terbaik, jangan ragu untuk minta team kami membantu anda memilih syarikat dan pakej yang terbaik.

Tekan sahaja mana – mana butang whatsapp untuk bantuan.

Haji Burhanuddin Amini Bin Abdul Ghani
CEO Batuta Travel & Tours

"HIGHLIGHT"
PAKEJ KAMI

PAKEJ TRANSIT

Evolusi pakej kami ialah dengan memasukkan pakej transit sebagai salah satu cara untuk memberi keselesaan kepada jemaah.

Pakej transit ini mengelakkan kesesakan yang terlalu padat sebelum bermulanya ibadah haji.

Pakej ini juga membolehkan jemaah menjalankan ibadah melontar tanpa perlu berkongsi khemah yang padat dan tandas yang terhad ketika mabit di Mina.

Jemaah 2023 sangat berpuas hati dengan pakej transit ini dan label sebagai “pengalaman yang sangat manis dan takkan dilupakan”

Ringkasan Pakej Transit

SEMUA PAKEJ AKAN DAPAT:

Perlindungan Takaful Percuma

Ziarah Mekah & Madinah

7 Kali Umrah Percuma

Fullboard International Meal di Mekah

Fullboard Far – East Meal di Madinah

22 Cenderamata Batuta

Kursus & Taklimat oleh Guru Agama Bertauliah di Malaysia & Haramain

7 PAKEJ PILIHAN

Perbezaan antara pakej ialah pada jarak, kategori Hotel dan jumlah katil sebilik.

PAKEJ EKONOMI (38 - 45 HARI)

Dengan harga yang sangat berpatutan, jemaah akan mendapat menginap di hotel 5 bintang. Selain itu, nisbah petugas kami adalah pada kadar maksima supaya setiap jemaah mendapat layanan terbaik dan dapat fokus sepenuhnya kepada ibadah.

Pakej Haji 2024

RAHMAH

RM49,990.00
  • Jemaah P1 sahaja
  • Tempat terhad
  • 4 orang sebilik
  • Tamat 1 Feb 2024

BTTA06

RM56,990.00
  • Jemaah P1 & Rayuan
  • Tempat terhad
  • 4 orang sebilik

BTTA05

RM61,990.00
  • Jemaah P1 & Rayuan
  • 3 orang sebilik

BTTA04

RM67,990.00
  • Jemaah P1 & Rayuan
  • 2 orang sebilik

PAKEJ PREMIUM (38 - 45 HARI)

Antara hotel 5 bintang yang paling dekat dengan Masjidil Haram, untuk keselesaan dan ketenangan para Jemaah.

Pakej Haji Batuta Travel 2024 / 1445
Pakej Haji 2024

BTTA03

RM63,990.00
  • Jemaah P1 & Rayuan
  • 4 orang sebilik
  • Keretapi Laju Ke Madinah (Tertakluk kelulusan muasassah)

BTTA02

RM68,990.00
  • Jemaah P1 & Rayuan
  • 3 orang sebilik
  • Keretapi Laju Ke Madinah (Tertakluk kelulusan muasassah)

BTTA01

RM76,990.00
  • Jemaah P1 & Rayuan
  • 2 orang sebilik
  • Keretapi Laju Ke Madinah (Tertakluk kelulusan muasassah)

Coretan Jemaah Haji 2023

Alhamdulillah pada tahun 2023 bersamaan 1444H, saya dan suami mendapat Panggilan Haji yg memang kami nanti nantikan sejak sekian lama. Masih ingat lagi, tarikh keramat 26 March 2023 adalah tarikh Rayuan Haji dibuka, dan saya dan suami membuat Rayuan melalui Apps Thijari.

Pada masa yang sama, saya mendaftar dengan syarikat Batuta Travel dan tak survey pun syarikat PJH yg lain kerana mak dan ayah saya dulu pegi menunaikan Haji dengan Batuta, jadi saya pun ingin mendapatkan pengalaman yang sama dgn mak ayah saya.

Pada bulan Ramadhan, rayuan Haji kami diterima, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.

Dan saya sangat bersyukur kerana Allah memberi Ilham utk memilih Batuta Travel, kalau orang suruh saya bagi rating, saya bagi 10/10:
Banyak sebab yg kami sangat bersyukur pegi dgn Batuta, antaranya adalah:

1)Pakej dgn Batuta kami menginap di Hotel di Aziziyah Mina selama 2 minggu, pengalaman berada di sini, sangatla berharga. Hotel sangat selesa, makanan buffet sangat mewah dan sihat, nasi arab setiap hari:).
Semasa bermabit juga, kami bersyukur sbb pilih pakej tinggal di Aziziyah kerana kami tidak perlu tinggal di khemah di Mina, sangat dekat perjalanan kami dari hotel ke tempat melontar, pengalaman yang sangat manis dan takkan dilupakan.

2)Pengarah Urusan Batuta sangat sangat “reachable”, “accomodative” dan understanding masalah Jemaah Haji, semua perjalanan Haji sangat teratur dan kami akan diberi penerangan yg jelas utk jadual dan aktiviti yg akan kami tempuhi, jika ada persoalan, Tn Haji Burhanuddin atau petugas akan jwb dgn cepat.

3)Petugas Batuta sangat membantu, dari sekecil2 urusan nak ke klinik sampai la ke urusan untuk menunaikan umrah, petugas akan mengiringi kami semua, jadi takde sesiapa yg hilang arah. Semua ini sangat penting terutamanya untuk orang orang tua yg pertama kali sampai ke Tanah Suci.

4)Batuta menghadkan bilangan jemaah, dan tidak mengambil jemaah yg ramai sampai tak terjaga ( quality over quantity), jadi bila kita dlm bilangan yg kecil(100 orang jemaah semasa 2023), kita senang untuk bergerak terutamanya semasa Masyarik Haji, perjalanan ke Arafah, ke Muzdalifah, Mina semuanya sangat teratur dan tidak tertunda, Alhamdulillah.

Kesimpulannya, memilih PJH yg berpengalaman adalah sangat penting, orang kata, Haji ni sekali jer seumur hidup, kita bayar lebih sikit utk keselesaan kita menunaikan Haji, kami bersyukur kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, kebajikan kami sangat terjaga.

Terima kasih Batuta Travel.

Ikhlas dari kami
Haji Ahmad Zafri & Hajjah Suzana
16 January 2024

Haji Ahmad Zafri

Jemaah Haji Batuta 2023

Highly recommended pada bakal haji. Saya kongsikan sedikit pengalaman bersama Batuta Travels & Tour. Masa buat pemilihan.
Saya beristikharah dan bermusyawarah dengan ma. Saya ada survey beberapa agensi PJH based on bacaan, pengalaman orang lain dan by call.

Ada banyak ciri, cuma di sini saya kongsikan 3 sahaja kenapa saya pilih Batuta?

1.Kos pakej : Batuta lebih telus dari segi kos. Antara syarikat yang offer harga terendah. Tak ada hidden cost. Ada syarikat yang bila
saya tanya banyak ada offer pelbagai pakej dengan kos tambahan dan ada kos tersembunyi. Penting untuk kita teliti semua offer dalam
pakej yang ditawarkan supaya kita boleh mengerjakan haji dengan
tenang.

2.Pengalaman Prestasi syarikat sejak 1987. Rekod Batuta bersih, syarikat yang mengutamakan ilmu. Nisbah mutawwif dan
Jemaah haji yang tak ramai. Mudah untuk kami mendapat bimbingan terus dari mutawwif dan petugas.

3.Penginapan Batuta yang selesa di 3 Hotel dan jaraknya dekat ( Mina/ Aziziyyah, Mekah, Madinah). Makan 3 kali sehari. Sepanjang perjalanan haji Malaysia > Mina > Mekah > Madinah > Malaysia. Saya rasa touching melihat Founder, Mutawwif dan
Petugas Batuta bekerja keras membimbing dan menyantuni kami warga haji. Banyak Siri Kuliah ilmu disediakan di Mina & Mekah.
Penginapan yang selesa, makanan enak tersedia, perkhidmatan dobi, ada wheelchair, ada rawatan, bantuan kewangan malah
banyak lagi yang saya tak mampu sebutkan di sini.

Malah tempat shoping pun pihak Batuta bawa dan petugas bantu bawakan barang. Bantu pos ke Malaysia. Allahu..Terima kasih. Pengalaman manis
juga membina ukhuwwah bersama Jemaah haji tanpa mengira latar belakang. Walau pun ada di antara mereka mempunyai empayar
perniagaan besar, doktor pakar, senior engineer, pensyarah, pentadbir, suri rumah dan macam-macam lagi. Tak kira tua muda. Semuanya boleh bergaul dengan baik dan rendah hati.

Ketika di Mina, ada Jemaah haji pakej lain tegur : “Jemaah Batuta kan ? Kami boleh agak, Jemaah Batuta nampak lain macam, ada NUR”. Ma saya bagitau gembira tunaikan haji dengan Batuta. Subhanallah!!. Itu lah kegembiraan sebenar saya sebagai seorang anak. Alhamdulillah. Apa taknya, semua disediakan lengkap, fokus pada ibadah haji sahaja.

Dengan rasa rendah hati, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Batuta Travel
& Tours. Terima kasih juga .

Jujurnya saya melalui pengalaman manis #haji2023 bersama ibu saya. Alhamdulillah Batuta telah membantu kami menyempurnakan
Rukun Islam ke 5 dengan begitu baik, segalanya mudah dan berjalan lancar.

Hajjah Nurizaty Binti Muhamad Nor,

Ipoh, Perak.

Saya recommend Pakej Batuta kepada bakal jemaah Haji kerana Harga pakej yg berpatutan utk Hotel 5 ✴️ yang berdekatan dgn Masjidil Haram.

Kelebihan pakej Haji Batuta Travel adalah seperti berikut:

a) Terima banyak barangan percuma sebelum mengerjakan haji.
b) Petugas Batuta di Msia yg peramah dan saling tolong - menolong.
c) Kursus Intensif haji disediakan Batuta dan makanan yg sedap.
d) Batuta menyediakan brg keperluan seperti sabun basuh, syampoo, baldi, hanger di bilik hotel di Aziziyah. Selimut, tikar dan payung disediakan sebelum bergerak ke Arafah.
e) Petugas2 Batuta yg agak ramai di Mekah dan Madinah menyantuni jemaah2 haji dengan amat baik khasnya dengan warga emas .
f) Pembimbing haji yang berpengalaman.
g) Hotel ygberdekatan dgn tempat melontar.
h) Jumlah jemaah tidak melebihi 100 orang dan memudahkan petugas haji membimbing dalam kumpulan kecil.

Nasihat saya kepada bakal jemaah Haji dalam membuat pilihan pakej dan syarikat yg mengendalikan Haji adalah seperti berikut:

a) Memilih pakej yang menpunyai rekod perkhidmatan haji yang baik dan menyantuni jemaah haji dengan baik khasnya warga emas
b) Jarak hotel berdekatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi c) Mendapat bimbingan dalam kumpulan kecil di Tanah Suci
d) Nisbah petugas membantu jemaah haji lebih ramai

Hjh Hasliza Binti Muslim

Ampang, Selangor

Pakej Batuta dipilih kerana penerangan yang jelas untuk jemaah yang membuat rayuan, peringatan on the deadline and next step.

A personalised service. Among their most star points are attention to details and planning inclusive personalised touch to every gifts for all Jemaah.

Semua package Haji more or less at the same price , but with Batuta you'll get the personalised touch that may comfort you

Hajjah Noraini Mohd Yusof

Cheras, Selangor

Kelebihan Pakej Batuta adalah:
1.Perkhidmatan yang cekap.
2.Hotel yang selesa dan dekat dgn masjid.
3.Petugas yang sentiasa menyantuni setiap jemaah dgn baik sekali. Dari kami menjejaki kaki sampai ketanah suci sehingga kami kembali dgn selamat.
4.Pengisian ilmu yg sgt berguna terutamanya kpd jemaah yg baru.
5. Harga yg berpatutan.
6.Keselesaan terutamanya di Mina. Dekat dgn tempat melontar. Tidak perlu berjalan jauh jauh memudahkan warga yang kurang upaya.
7.Makanan yang sedap

Hajjah Maisuzana binti Abd Rahman

Selangor

SOALAN LAZIM

Ya, harga adalah termasuk dengan Wang Naik Haji PJH 1445H / 2024M sebanyak RM18662.00 yang akan didebitkan dari akaun TH jemaah haji PJH. Walaubagaimanapun, TH berhak untuk mengenakan caj tambahan jika berlaku penambahan atau pengenalan kos baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Tidak, harga ini adalah tetap walaupun berlaku perubahan jadual penerbangan. Caj tambahan hanya dikenakan jika ada tambahan caj dari pihak Tabung Haji.

Ya, kami akan mengadakan kursus haji perdana sebelum keberangkatan ke tanah suci Mekah. Sepanjang berada di sana, kuliah juga akan diberikan secara berkala sebagai pengisian rohani para jemaah.

KENANGAN HAJI 2023

PAKEJ HAJI 2024 / 1445

Hubungi Team Kami Untuk Penerangan Penuh

Kadang kala ada persoalan yang tak terjawab di website ini, jangan ragu - ragu untuk minta team kami jelaskan.

Ibu Pejabat:
Lot 903 & 904, Tingkat 1, Bangunan PKDK Jalan Dato’ Pati, 15000 Kota Bharu, Kelantan

No Telefon: 09-7443652 / 09 – 7442652

Cawangan Kuala Lumpur:
A14, FIRST FLOOR BLOCK A PODIUM PLAZA PEKELILING, Jln Tun Razak, 50400 WILAYAH PERSEKUTUAN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

No Telefon: 0122350652

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. (159152 T / KKKP: 1056)

Scroll to Top